Monday, 9 December 2013

kerja falsafah


assalamualaikum,,,,
hari ini ana kene buat keje falsafah...ini kerja kumpulan .ana dapat tajuk kecilnye ni la....agak susah sbb kebnyakn cntoh dalam bahasa indon...jadi ni ada ayat2 yg ana buat sendiri....
bolehla dijadikan rujukan sekalian ...tapi andai salah,,tlong betulkn ye...
 
 
Ideologi materialism

Istilah materialism adalah suatu ungkapan yang tidak asing di telinga kita. Terlebih lagi para mahasiswa yang telah banyak bergelut dalam bidang pemikiran.

Definisi sebenar materialism adalah pahaman yang hanya bersandar pada material (ma’dah) yang tidak meyakini apa yang ada di balik alam ghaib. Hal ini secara otomatis menafikan adanya tuhan sebagai pencipta alam. Menurut fahaman ini, alam beserta isinya berasal daru satu sumber iaitu material (ma’dah). Pemikiran ini sama halnya seperti atheism dalam bentuk dan substansinya yang tidak mengakui adanya Tuhan secara mutlak. Fahaman ini menolak agama sebagai hokum kehidupan manusia. Pada akhirnya, pemikiran ini melahirkansatu ideologi bahawa hukum adalah apa yang boleh diterima akal. Walhal kita mengetahui bahawa hasil pemikiran manusia bersifat relatif.

Antara lima ciri dasar fahaman materialisme ini adalah segalan yang ada (wujud) berasak dari satu sumber wahyu (ma’dah) ,tidak meyakini adanya alam ghaib, menjadikan pancaindera sebagai satu –satunya lat mencapai ilmu, memposisikan ilmu sebagai pengganti agama dalam peletakan hukum , menjadikan kecondongan dan tabiat manusia sebagai akhlak.

Jika diamati dengan baik, materialism ini terasnya adalah sekularisme. Sekularisme adalah fahaman yang menolak campur tangan kuasa ghaib dalam kehidupan manusia. Dari fahaman inilah lahirnya fahaman meterialisme. Dalam ideologi ini, terdapat beberapa aliran iaitu, materialisme mekanik, merialisme metafizik, materialisme dialektis, dan materialism historis.

Antara tokoh pemikir materialism ialah Karl Marx, yang menyatakan bahawa setiap zaman ,system produksi merupakan hal yang fundamental. Kedua, Thomas Hobbes yang menyatakan materilisme menyangkal adanya jiwa  atau roh kerana keduanya hanyalah pancara daripada material. Dapat dikatakan juga bahawa materialisme menyangkal adanya ruang mutlak lepas dari barang material. Tokoh ketiga ialah Homby yang menyatakan materialism adalah teori,kepercayaan sahaja.tokoh terakhir ialah Van Der Welj yang menyatakan materialisme ini terdiri atas suatu aglomerasi atom-atom yang di kuasai oleh hukum-hukum fizikal kimia. Bahkan terbentuknya manusia sejagat dimungkinkan berasal dari himpunan atom-atom tertinggi. Apa yang dikatakan,jiwa, atau roh sebenarnya hanya setumpuk fungsi kegiatan dari otak yang bersifat sangat organic material.

Pada abad ini kita dapat lihat bahawa, ilmu dan teknologi berkembang begitu pesat sekali. Yang dulu hanya ada surat dan telefon kabel kini berkembang menjadi telefon bimbit, “laptop”, “tablet pc” , dan sebagainya. Hal ini membawa kepada meningkatnya materialisme dalam kalangan masyarakat terutamnya anak muda di Malaysia ini. Begitu banyak hal lain yang akan ikut terpengaruh akan perkembangan alat alat ini antaranya ilmu yang tidak berfaedah dan juga jenayah teknologi. Antara kesan ideology ini ialah pertamanya meningkatkan jurang perbezaan antara masyarakat. Kedua mengabaikan sifat kemanusiaan. Apa yang ada dalam jiwa pencinta materialisme ini adalah kebendaan semata-mata. Selain itu, akan meningkatnya jenayah dalam masyarakat kita.


Pada pendapat pendirian kami, ideologi materialism ini perlu kita atasi dengan pelbagai agenda untuk mengembangkan potensi remaja hari ini. Sememangnya kita mengimpikan remaja yang mempunyai kekuatan untuk menonjolkan gaya hidup  murni dan menolak segala anasir negative, serta bentuk penjajahan yang cuba merosakkan sistem hidup remaja masa kini. Perkara ini hanya mungkin akan berlaku dengan pembinaan nilai baru dalam kehidupan mereka. Antara cadangan yang dapat digunakan untuk membangunkan semula jati diri remaja hari ini ialah keyakinan pada islam. Kita perlulah berbalik kepada teras yang telah dibekalkan iaitu al-quran dan sunnah. Selain itu perlu adanya penyatuan hidup dalam Jemaah , tampung menampung dalam memperbaiki kelemahan dan cakna terhadap masalha yang menimpa orang lain. Ini bagi mengelakkan sifat pentingkan diri ataupun lebih dikenali dengan ‘ananiah’.
 
minggu ini mcm bNyak pulak keje...mentg2 dah nk habis sem kan...awal sem hari tuh x de plak nk bagi keje...nasib2...ape pon ana nak jugak balik...
nk jugak...

No comments:

Post a Comment